Sunday, April 30, 2017

PENGALAMAN BERSALIN ANAK KEDUA

assalamualaikum wbt semuaa..
Hihi kali ni ummi nak share pengalaman bersalin anak kedua..
Dah sebulan rupanya putera kedua ummi lahir. Tapi ummi ingat lagi detik-detik indah melahirkan putera kedua..
Nanti ada masa ummi cerita pengalaman bersalin anak sulung ummi, Irham Mujahid. Kali ni cerita anak kedua dulu.. sebab masih fresh lagi pengalaman tu.

26/3/17
9.00 pagi- ummi ke klinik desa untuk check up macam biasa lah. Masa tu usia kandungan 38 minggu. Masa misi cek semua ok. Cuma bila dia cek kepala baby, nurse kata dah ada kat bawah. Dalam ramai2 patient ni, awak la kepala baby yang ada paling bawah ni. Ummi senyum ajelah..

26/3/17
12.00 tengah hari
Ummi dah mula rasa contraction sikit-sikit. Tapi boleh tahan lagi. Ummi dapat rasa tak lama lagi akan bersalin. Masa ni ummi tengah kemas beg nak bawa ke hospital, kemas baju abang mujahid supaya senang tokma dan mak sedara nak handle dia bila barang-barangnya dah letak satu tempat.
Masa ni dah mula cek contraction timer. Selang 2 hingga 4 minit sekali. Tapi masih mild contraction.

Masa ni dah mesej Abi, bagitau yang dah mula rasa contraction. Abi masa ni dah sampai KLIA. tengah tunggu flight nak ke Kuching. Berbelah bahagi encik suami nak teruskan je ke kuching atau patah balik. Ummi kata terpulang kat Abi sebab ummi ok je..sebab baru sakit sikit-sikit.

1.00 tengah hari
Makan tengah hari. Masih boleh makan nasi tapi tak habis. Buat milo campur marjerin..sedap juga rasa dia..tak lah pelik sangat..hehe..makan kurma..

2.30 tengah hari
Mandi dan siap-siap nak solat zohor. Sambil layan contraction yang mild tu. Masa mandi cek tanda, tak ada apa-apa tanda. Masa abang mujahid dulu keluar lendir campur darah.

Lepas solat tu baring-baring sambil peluk abang mujahid. Dia pun panas je badan macam nak demam. Susah hati pula ummi nak tinggal dia.



3.00 petang
Mak Muda, mak cik suami datang.. ajak ke hospital terus. Memang masa pukul 12 tu dh bagitahu mak muda yang ummi dah rasa sakit2. Nanti nak minta tolong mak muda hantar. Ma nak teman abang mujahid kat rumah. Abah pula ada urusan lain masa tu.
Mula tu cakap kat mak muda nak tunggu solat asar. Tapi dia kata nampak macam sakit dah tu, kita pergi terus lah. Takut pulak jadi apa-apa. Mok ada kat sebelah ummi. Urut-urut kaki ummi masa tu.

4.00 petang
Sampai Hospital Pasir Mas. Ummi bagi 5bintang atas layanan staf dan keselesaan sepanjang berada di LR dan wad.

Nurse cek jalan dah 4 cm. Terkejut ummi..kikiki.. masa anak 1st dulu rs sakit macam ni baru 2cm..ni dah 4 cm..wah laju..hihi..

Bukaan dah 4 cm..tapi kepala baby macam floating..x betul-betul engage. Nurse yang cek tu bagitau nurse yang lain. Alamak, berdebar hati ummi dengar. Maksudnya apa? Lambat lagi ke? Bermasalah ke?

Bila ummi tanya nurse, katanya tak lah masalah besar cuma bila kepala floating mungkin baby lambat turun..jadi lambatlah dapat bersalin..tapi ada kes cepat je.. bergantung kepada berapa cepat kepala baby engage. Ok lepas nurse explain trus ummi berehat2 di katil di LR. Tak masuk wad memandangkan dah buka 4cm

4.30 ptg
Baring-baring kat katil di LR sambil layan contraction. Sambil tu baca surah maryam dan doa2 yang berkaitan.



5.30 ptg
Contraction dah rasa makin kuat. Tapi tak lah sampai ada merasaan nak menjerit tu. Cuma ummi duk panggil nurse minta cek jalan. Nurse cek dah 5 cm. Alamak sejam 1 cm ke..ummi duk congak buat kira2 dalam kepala..maksudnya pukul 10 lah baru boleh deliver ni..aduii 5 jam..lama lagi nih..
Sambil layan contraction sambil baca surah maryam. Masih boleh rasa cool lagi. Tak lama lepas tu sakit kuat tu dah mula datang dah.

6.10 petang
Sakit kuat tu dah datang dah. Menggigil satu badan bila contraction tu datang. Ummi duk panggil-panggil nurse minta cek jalan. Nurse cek kata dah 7cm. Ummi masa ni dah rs sakit kuat dah..siap bagitau nurse jangan gi mana2. Nurse teman la saya..hahaha..lawak pulak bila ingat balik. Yelah encik suami tak ada..tak ada orang teman.. mintak nurse lah yang teman..kikiki

6.40 ptg
Panggil nurse lagi. Ummi cakap sakit kuat. Nurse cek jalan. Aikk kenapa macam mengecut. Jadi 5cm balik..nurse 2 orang duk bincang. Dia kata kepala baby macam naik ke atas balik. Sebab kes floating tula. Aiii mcm mana ni.. ummi dah terkejut dah. Ada jugak kes dah buka 7cm jadi mengecut 6cm. Dalam hati nak je cakap..em czer lah nurse.. sakit dah saya ni. Tapi terkeluar pulak..hihi. nurse kata tak apa jangan risau. Nanti saya tolong bukakan jalan.

7.00 malam
Ummi panggil nurse lagi. Nurse cek dah 8cm. Ummi kata saya dah sakit sangat. Rasa nak teran.
Ummi: Boleh tak saya nak teran?
Nurse :tahan lah..tunggu 10cm ye..tak lama dah tu.
Ummi: tapi saya dah sakit sangat ni..

Pastu ummi tengok dalam 5 orang nurse duk kerumun ummi. Sambil bincang sambil ada yang tolong urut kaki ummi. Memang terharu. Baik betul nurse di Hospital Pasir Mas.

Ummi dah mengerang sakit. Duk teran2 walaupun nurse tak bagi lagi.
Nurse: betul ke dah nak teran sangat ni? Rasa nak berak?
Ummi: ye nurse. Rasa nak berak dah ni.
Nurse: kalau macam tu teran lah. Angkat kaki. Ingat lagi kan teknik macam mana. Macam anak sulung dulu.

Ummi pun teran tapi lamanyaaaa.. tak macam abang dia. 2 kali teran dah keluar. Yang ni berkali2 teran. Ada la lebih setengah jam duk teran saja. Dalam 35 minit kot.

Lepas dah teran baby keluar kepala. Ada lagi insiden cemas. Baby terbelit tali pusat pulak dah. Ummi tak pasti dekat leher ke macam mana. Tapi ummi rasa dekat leher. Kalau tali pusat di kepala, maksudnya tali pusat keluar dulu, mesti awal2 lagi nurse dah bagitau. Masa tu nurse kata stop dulu kangan teran lagi. Baby awak terbelit tali pusat ni. Serius memang cemas masa tu. Muka nurse semua pun nampak tegang je. Tapi perasaan nak meneran tu kuat sangat. Ummi teran tanpa dengar arahan nurse.

7.39 malam
Alhamdulillah. Baby keluar dengan tangisan yang nyaring. Tapi satu badan baby tu biru. Sebab terbelit tali pusat tu. Terkejut juga ummi. Terus nurse letak baby atas badan ummi. Menitis air mata ummi. Akhirnya lahir juga anak kedua ummi tanpa abi di sisi. We did it my dear. Sempat ummi peluk meredakan tangisan baby. Penuh vernix di badan baby. Ummi tak kisah. Ummi peluk je. Berkali-kali ucap syukur Alhamdulillah.








No comments:

Post a Comment